KOTA KINABALU: Kehadiran Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan ternyata menambahkan lagi kemeriahan majlis Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Melaka Tahun 2023, pada Sabtu lepas.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng, Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu, Pengerusi KDCA Melaka Zandi Scholistika Chin dan Penyelaras Unduk Ngadau 2023 Zandi Hailin Ensil.
Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan adalah Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2023.
Majlis sambutan itu menyaksikan Tati Christine Joan Charles dinobatkan sebagai Unduk Ngadau KDCA Melaka bagi tahun 2023. Beliau yang menerima mahkota, trofi, sash, wang tunai RM1,000, tiket penerbangan melancong pergi balik ke Bengkok dan pelbagai hadiah lain, akan mewakili Melaka ke pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri.
Sementara itu Tati Genevie Gabriel yang mendapat tempat kedua membawa balik wang tunai RM800, buffet voucher Ames Hotel dan pelbagai hadiah lain.
Tati Denzell Irvin Richard di tempat ketiga membawa balik wang tunai RM500 dan pelbagai hadiah lain.
Pemahkotaan dan penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2023 Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.
Sumber: Jeffrey G. Kitingan Page