Kegembiraan Berganda Untuk Wong S.N.

Jeffrey-serah-kunci.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Memasuki rumah kediaman baharu merupakan detik paling gembira dalam hidup seorang warga emas, Wong S.N yang selama ini tinggal di sebuah rumah usang di Kg Sigapon, Mukim Senagang,Keningau.

Kegembiraan itu lebih manis lagi apabila replika kunci rumah baharunya diserahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Penyerahan replika kunci itu di buat dalam satu upacara ringkas pada Ahad lepas sempena lawatan kerja Dr Jeffrey ke Keningau bagi meninjau fenomena bencana alam yang berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah berkenaan.

Projek pembinaan rumah untuk Wong merupakan hasil sumbangan dana daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau dan dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebajikan dan Kemajuan Sabah (GerakMaju).

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N40 Bingkor serta ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top