Kedah-Sabah Jalin Kerjasama Bagi Perkasakan Sektor Pelancongan

sabah-kedah-tourism.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Pelancongan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah telah mengadakan pertemuan ringkas bersama Sabah Tourism Board (STB) bagi mengenalpasti peluang kerjasama dalam memperkasakan semula industri pelancongan di negeri Kedah dan Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik peluang kerjasama bersama Kerajaan Sabah melalui STB dalam memasarkan produk pelancongan masing-masing.

“Pertemuan sebegini mampu memberi idea, cadangan dan penambahbaikan dalam organisasi dalam memastikan sektor pelancongan mampu membantu menjana ekonomi negeri khususnya.

“Dengan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia ini yang diketengahkan oleh Kerajaan Negeri, khususnya di Sabah ini, ia mampu menarik minat pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Jalinan kerjasama sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim selain membantu merancakkan semula industri pelancongan di negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah mendengar taklimat oleh pihak Sabah Tourism Board di Pejabat Sabah Tourism Board di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektoral BPEN, Faisal Rizal Mohammad; Penolong Pengarah BPEN, Abdullah Sanie Adnan; Ketua Pegawai Kewangan STB, Julinus Jeffery Jimit dan Pengurus Pemasaran, Humphrey Ginibun.

Dalam pada itu, pihak STB bersama delegasi Kerajaan Negeri Kedah turut membuat lawatan kerja ke Mari Mari Cultural Village bagi mengenali dengan lebih dekat etnik dan suku kaum Kadazan/Dusun, Murut, Rungus, Bajau dan Lundayeh.

 

Sumber: Warta Kedah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top