Kecuali Sabah, Semua Negeri Mampu Capai 80% Vaksinasi Pada Oktober – KJ

KJ.jpg

PUTRAJAYA, 5 Julai -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, program outreach akan diperhebat di Sabah termasuk kempen gerak vaksinasi kepada masyarakat.

Ujarnya, beliau optimis beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perak akan mampu mencapai nilai ambang 80 peratus berdasarkan sasaran masa yang ditetapkan.

“Semua negeri akan diunjurkan mencapai 80 peratus pada bulan Oktober dan hanya satu negeri sahaja kita unjurkan ada sedikit masalah untuk capai 80 peratus iaitu negeri Sabah.

“Saya telah berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk mempertingkatkan lagi program outreach di Sabah dan saya dapat laporan jumlah yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah tidak ramai.

“Sebab itu, kita kena usahakan dan sumber yang ada untuk menggerakkan program outreach,” katanya.

Khairy berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Tambahnya, langkah tersebut merupakan insiatif yang akan membantu negeri Sabah mencapai nilai ambang 80 peratus sama seperti negeri-negeri lain.

Setakat Rabu, 67.4 peratus atau 1,859,799 populasi dewasa negeri itu sudah mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19.

Manakala, 74.8 peratus atau 2,061,944 populasi dewasa di sana juga sudah menerima satu dos suntikan vaksin. – ASTRO AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top