Kecoh di Tenom Gara-gara Pencalonan Ditolak

kecoh-tenom-1.jpg

(Kredit foto: Berita RTM)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tular di media sosial kekecohan berlaku di luar pekarangan Dewan DSP Antanom, Tenom pagi tadi, sehingga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat hadir bagi mengawal keadaan.

BHarian melaporkan kejadian terjadi selepas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, presiden parti berkenaan hadir di dewan berkenaan bagi mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Tenom.

Sebaik saja permohonannya ditolak, penyokong beliau berang dan merusuh sehingga pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Beberapa rakaman video turut tular di media sosial yang memaparkan kekecohan di luar dewan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku selepas SPR menolak pencalonan atas sebab-sebab tertentu.

“Pasukan polis yang dihantar untuk berkawal di dewan penamaan calon terpaksa mengambil tindakan sepatutnya.

“Keadaan dapat dikawal dengan baik di bahagian di luar dewan berkenaan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Sementara itu menurut Bharian lagi BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berhubung insiden itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top