Keberangkalian Tinggi Penduduk Sabah Abai SOP

masidi-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Terdapat kebarangkalian tinggi penduduk di Sabah masih melaksanakan aktiviti tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), walaupun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan pihak berkuasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila 102 kes atau 42.68 peratus daripada keseluruhan 239 kes positif Covid-19 direkodkan pada Selasa, dikesan daripada saringan kontak rapat.

Katanya, hanya dua daerah di negeri itu berada di zon hijau iaitu Tenom dan Telupid, manakala 16 daerah berada dalam zon merah, antaranya Kota Kinabalu yang mencatat 77 kes baharu Covid-19 pada Selasa, Beaufort (29 kes) dan Tawau (26 kes).

“Lima daerah berada zon jingga iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Kinabatangan, Kalabakan dan Tongod; dan empat daerah zon kuning ialah Beluran, Nabawan, Ranau dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah mencatatkan 72,850 kes, manakala jumlah pesakit yang sembuh ialah 241 orang, menjadikan jumlah kumulatif 69,899 orang.

Masidi berkata, 2,109 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,652 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam, 415 orang di hospital dengan 55 daripadanya di unit rawatan rapi selain Pusat Tahanan Sementara (PTS)/ penjara (42 orang). – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top