Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut – KPM

iskul-sama.jpg

Kredit foto: Facebook Iskul Sama Dilaut Omadal

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan kerana ia tertakluk kepada keputusan dasar kerajaan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataansemalam memaklumkan pihaknya juga mengambil kira pandangan daripada agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“… ini termasuk meneroka opsyen seperti model pelaksanaan sekolah bimbingan jalinan kasih (SBJK) yang dijalankan di beberapa tempat sebagai langkah KPM dalam berhadapan dengan isu ini.

“KPM sentiasa beriltizam untuk meningkatkan mutu, kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan bagi semua murid,” kata KPM bagai mengulas polemik berkaitan pengoperasian Iskul Sama Dilaut Omadal, berhampiran Semporna, yang dilaporkan media baru-baru ini.

Pada 30 Okt lepas, Persatuan Pendidikan Bajau Laut telah mengemukakan permohonan penubuhan institusi pendidikan swasta dalam kategori pusat bimbingan alternatif (PBA) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Bagaimanapun, menurut KPM, Malaysia bukan negara pihak kepada Perjanjian Status Pelarian 1951 atau Protokol Pelarian 1967 bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Maka penyediaan PBA adalah satu inisiatif kemanusiaan oleh kerajaan untuk pendidikan kepada kanak-kanak pelarian bagi menyediakan kanak-kanak tersebut untuk penghantaran ke negara ketiga.

“Penubuhan PBA adalah tertakluk kepada ketetapan kerajaan dengan mengambil kira aspek pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan pelarian iaitu Arahan MKN No. 23 – Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023) serta keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top