Kebenaran Guna Kanabis Untuk Perubatan Dalam Kajian, Kata Menteri

hamzah-zainuddin.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji cadangan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, kajian itu juga termasuk bagaimana undang-undang yang akan digunakan untuk mengawal penggunaan kanabis, jika ia diluluskan.

“Memang betul kita sedang kaji melalui jawatankuasa yang dibentuk dan beberapa kementerian sedang melihat bagaimana nak mencari jalan, sama ada kegunaan kanabis untuk tujuan perubatan boleh dilakukan dan kajian juga (dijalankan) bagaimana, (dan) mana undang-undang (yang) boleh digunakan nanti,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) sama ada kerajaan akan meneruskan usaha untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan yang telah dibincangkan Kabinet Pakatan Harapan (PH) dahulu.

Katanya, kebenaran itu juga dapat meningkatkan pendapatan baharu negara, di samping membantu merawat masalah kesihatan mental kanak-kanak.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top