Kebakaran Korbankan Empat Sekeluarga di Penampang: Tujuh Panggilan, Bomba Masih Tidak Kelihatan

Kebakaran-Penampang-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang jiran di Taman Hungab, di Penampang, di mana satu kebakaran pada awal pagi Selasa mengorbankan empat sekeluarga, mempertikaikan versi Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai kejadian pada hari malang itu.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harian Ekspres, sambil menyertakan bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Wanita itu berkata bahawa Jabatan itu merujuk khusus kepada satu panggilan MERS999 yang diterima pada jam 2.52 pagi, di mana ia mendakwa pemanggil memberikan alamat yang salah dan menjadi sebab kelewatan untuk tiba di tempat kebakaran – dakwaan yang dicabar oleh pemanggil.

“Walaupun jika ada seorang pemanggil yang memberikan alamat salah, bagaimana dengan saya yang tidak menghubungi MERS999 tetapi memutuskan untuk menghubungi terus Bomba di Penampang dan Sembulan?” katanya.

Angel (bukan nama sebenar) berkata walaupun dia tidak menghubungi MERS999. Sebaliknya, dia mencuba banyak kali tetapi gagal mendapat sebarang jawapan apabila menghubungi balai di Penampang, sehingga dia berputus asa.

Secara keseluruhan, dia membuat tujuh panggilan ke balai di Penampang dan Sembulan. Empat daripada panggilan itu dibuat antara 2.49 pagi dan 3 pagi ke balai Penampang tetapi hanya senyap atau tidak ada nada dering.

Hanya panggilan yang dia buat ke balai Sembulan pada jam 2.50, 2.57 dan 3.03 dijawab, memberi jaminan kepadanya bahawa bantuan sedang dalam perjalanan.

“Saya membuat panggilan pertama ke Balai Bomba dan Penyelamat Penampang pada jam 2.49 pagi. Bagaimanapun, hanya senyap, mendorong saya menghubungi balai Sembulan pada jam 2.50 pagi,” katanya.

Panggilannya dijawab apabila menghubungi Balai Bomba Sembulan dan memberikan alamat secara khusus mengatakan kebakaran itu berlaku di Taman Hungab di Penampang. – DE/Warta Oriental

 

Foto: Bomba/Utusan Malaysia


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top