Kebakaran di Tongod: Lebih 280 hilang tempat tinggal

kebakaran-Tongod.jpg

Kredit foto: JBPM

Kongsi Bersama

TONGOD: 282 penduduk daripada 74 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penangah di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.24 malam.

Sepasukan anggota bersama dua jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak di pedalaman pada 11.30 malam.

“Sebanyak 13 anggota terdiri daripada sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan empat dari BBP Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Rumah terlibat terbakar 100 peratus. Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,”menurut kenyataan itu yang dipetik BERNAMA.

Menurut kenyataan itu lagi, api berjaya dikawal pada 2.30 pagi, dan operasi ditamatkan 7.10 pagi ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top