Kebajikan Bekas Pemain Bola Sepak Terus Terjaga

elron-n-ex-footballers.jpg

Elron bergambar kenangan bersama bekas pemain bola sepak Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kebajian bekas atlet atau pemain bola sepak akan terus dijaga menerusi persatuan-persatuan yang memudahkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menyalurkan bantuan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, atlet atau bekas pemain bola yang pernah mewakili Sabah sehingga mengharumkan negeri ini ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa wajar diiktiraf menerusi bantuan-bantuan.

“Atas jasa-jasa dan penglibatan dalam sukan bola sepak, mereka wajar diberikan penghargaan kerana telah memberikan prestasi terbaik semasa mereka mewakili Sabah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika pada Majlis Reunion Jasamu Dikenang kali ke-3 Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Sabah di sini, kelmarin.

Ellron memahami apa yang dihadapi bekas-bekas atlet memandangkan beliau sendiri merupakan atlet pada ketika dahulu.

Beliau menerusi kementerian itu akan sedaya upaya membantu mereka yang terkesan dengan bantuan-bantuan berkaitan.

“Selain itu, atas keprihatinan kepada warga atlet yang bakal bersara mahupun tidak lagi aktif dalam dunia sukan, kerajaan negeri akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk atlet Sabah bermula pada tahun ini,” katanya.

Katanya, caruman itu juga akan memberikan satu batu loncatan untuk warga sukan Sabah untuk berlatih lebih bersungguh-sungguh dan sudah pastinya kesinambungan caruman itu akan beralih ke fasa alam pekerjaan.

Menurutnya, Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Sabah merupakan salah satu persatuan bekas atlet sukan yang ditubuhkan pada tahun 2016 untuk tujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top