KDM sasar Kundasang, telah ada calon untuk cabar Gunsalam

peter-anthony.jpg

Datuk Peter Anthony ketika hadir pada majlis pelancaran jentera pilihan raya KDM yang ke-17 untuk kerusi Limbahau. (Kredit foto: FB Datuk Peter Anthony)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti KDM kini memfokuskan perhatian kepada kerusi DUN Kundasang yang dipegang oleh pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sejak lima penggal lepas.

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, calon untuk menentang Gunsalam pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang telah dikenal pasti.

Walaupun beliau tidak mendedahkan nama calon tersebut, Anthony menyatakan individu itu mempunyai pengalaman dan pengaruh di Kundasang, yang terletak dalam kawasan Parlimen Ranau, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu, dan mempunyai majoriti etnik Kadazandusun.

“Calon kami adalah bekas ketua pegawai eksekutif sebuah bank, jadi saya rasa tiada masalah untuk beliau bertanding di Kundasang,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera pilihan raya KDM yang ke-17 untuk kerusi Limbahau di daerah Papar pada Ahad.

Jika berjaya menumpaskan Gunsalam bermakna parti KDM melakarkan sejarah tersendiri kerana berjaya menumbangkan dua peneraju utama PBS.

Pada PRU 2022 calon KDM telah menewaskan presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan majoriti 8,174 undi. Ongkili sebelumnya memenangi kerusi itu selama enam penggal berturut-turut.

Anthony, yang juga ADUN Melalap pada minggu lalu mengumumkan KDM akan bertanding secara solo pada PRN akan datang di sekurang-kurangnya 35 daripada 73 kerusi negeri yang dipertandingkan.

Bagaimanapun semalam beliau berkata ada kemungkinan jumlah tersebut boleh meningkat kepada 50 kerusi.

Anthony telah memulakan kempen pilihan rayanya, dengan mendedahkan beberapa bahagian manifesto parti semasa acara di Papar. Antara lain, beliau menyatakan bahawa parti itu memberi tumpuan kepada membantu golongan miskin, menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan miskin tegar dan juga membantu warga emas.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top