KDM Mampu Lakukan Kejutan Pada PRN Akan Datang – Peter Anthony

peter-anthony.jpg

Datuk Peter Anthony (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony yakin KDM mampu melakukan “kejutan” pada pilihan raya umum negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat Sabah yang semakin meningkat terhadap parti berbilang kaum itu.

“Siapa sangka calon KDM berjaya menumbangkan presiden sebuah parti di Parlimen Kota Marudu dalam PRU-15 yang lalu.

“Mengambil kira senario politik sekarang, jangan harian KDM akan melakukan kejutan pada PRN Sabah akan datang,” katanya.

Peter yang juga ADUN Melalap berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Penaja Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Bahagian Kota Belud di Sunset Beach, Kampung Nanamun, Jalan Rampaian Laut, dekat sini semalam.

Jawatankuasa penaja KDM Kota Belud kini diterajui bekas Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Almudin Kaida.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda dan Naib Presiden Henry Saimpon.

Menurut Peter, walaupun tahun ini kempen politik masih belum bermula namun beliau menjangkakan tahun depan gerakan untuk meraih sokongan rakyat akan bertambah rancak.

Beliau juga membayangkan akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRN, terutama di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Utara Sabah.

“Meskipun parti kita KDM, parti kerdil tetapi kita bergerak seperti kura-kura (labi-labi) bergerak dengan semangat “palan-palan” yang akhirnya mengecapi kejayaan,” katanya.

Peter turut menyambut baik penyertaan Almudin ke parti KDM yang menurutnya telah merintis jalan kepada tertubuhnya KDM bahagian Kota Belud. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top