KDM janji bantuan RM300 selama 6 bulan kepada graduan baharu, RM500 untuk ibu tunggal selama satu tahun

peter-anthony.jpg
Kongsi Bersama

TENOM: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bertekad untuk memberikan bantuan RM300 selama enam bulan kepada semua graduan sekiranya parti itu bersama gabungan membentuk kerajaan baharu Sabah selepas pilihan raya negeri (PRN) ke-17.

Presiden KDM Datuk Peter Anthony berkata bantuan seumpama itu amat diperlukan untuk meringankan beban para graduan baharu yang masih tercari-cari pekerjaan di pasarqn kerja.

“Sebab itu, KDM menjadikan pemberian bantuan RM300 selama enam bulan kepada graduan baharu ini sebagai salah satu manifesto parti menjelang PRN akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya bagi DUN Kemabong dekat sini semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda.

Peter turun mengumumkan manifesto yang ke-9 yang menjanjikan pemberian bantuan wang tunai RM500 kepada ibu tunggal selama satu tahun.

Sebelum ini, presiden KDM itu telah mengumumkann tujuh manifesto di beberapa majlis pelancaran jentera pilihan raya, termasuk di Limbahau, Papar dan Pitas yang diadakan baru-baru ini.

Antara manifesto yang diumumkan sebelum ini ialah cadangan untuk mewujudkan syarikat penerbangan sendiri, bank dan penstrukturan semula pengurusan tanah. – Jesselton Times

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top