KDM gantung keahlian Martin Tommy

martin-tommy.jpg

Martin Tommy

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Martin Tommy digantung keahliannya dalam parti itu, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung KDM, Dr Gaim James LunKapis yang memberitahu jawatan dipegang Tommy sebagai naib presiden dan penyelaras di peringkat bahagian juga secara automatik digantung.

“Ya memang benar, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pimpinan tertinggi KDM baru-baru ini, yang memutuskan beliau (Tommy) digantung keahlian.

“Berikutan itu juga, semua jawatan beliau dalam parti termasuk naib presiden dan penyelaras di peringkat bahagian turut digantung.

“Bagaimanapun, beliau masih boleh membuat rayuan kepada parti atas sebab penggantungan beliau,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sebab pergantungan peguam berkenaan yang mula menyertai KDM sejak penubuhannya tahun lalu.

Selain naib presiden, Tommy merupakan penyelaras parti itu di Parlimen Pensiangan dan DUN Sook. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top