KDM agih sumbangan kepada penduduk Rangalau Lama Kiulu

KDM-agih-bantuan.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Anggota Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) diketuai naib presiden Henry Saimpon turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk Rangalau Lama, Kiulu yang terjejas akibat tanah runtuh yang menyebabkan jalan kampung terputus.

Henry berkata bantuan berupa beras dan minyak masak itu disumbangkan kepada mereka yang terkesan tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

Menurutnya KDM amat prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh penduduk terbabit susulan kejadian luar jangka itu baru-baru ini.

“Kami berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di Ranglau Lama.

“Apabila saya maklumkan kepada presiden KDM (Datuk Peter Anthony) mengenai keadaan penduduk di sini yang sebelum ini terputus hubungan, dia segera minta bantuan dihantar ke situ,” katanya selepas menyempurnakan penyampaian bantuan itu kepada penduduk Rangalau Lama pada Sabtu.

Turun hadir Setiausaha Agung, KDM Willie Jude.

 

Berita asal: Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top