Kawalan Parti Bukan Tempatan Di Sabah Halang Kerjasama Rapat, Kata Menteri Sarawak

Abdul-Karim-Rahman-Hamzah_sarawak_600.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Penguasaan Sabah oleh parti bukan tempatan menghalang usaha negeri di Malaysia Timur bekerjasama dalam hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Naib Presiden PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Semua orang tahu pentadbiran Sabah di bawah penguasaan parti bukan tempatan,” katanya merujuk Umno dan Bersatu yang menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Dan ‘bos besar’ mereka bukan dari Sabah,” katanya sambil menambah apabila keputusan penting atau perkara dasar seperti MA63 diperlukan, menteri Umno dan Bersatu akan merujuk “bos besar” mereka terlebih dahulu.

Karim berkata, dalam diri mereka, pemimpin Sabah sebenarnya mahu menjadi seperti rakan mereka di Sarawak.

“Saya percaya mereka cukup iri hati dengan kami, kawalan penuh yang kami ada,” katanya merujuk gabungan pemerintah GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang mempunyai kawalan penuh dalam membuat keputusan untuk negeri itu.

GPS terdiri daripada parti tempatan, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif.

Karim yang juga menteri di Sarawak dan ahli Jawatankuasa Perundingan MA63, berkata “keadaan mungkin berubah, mungkin selepas pilihan raya umum”.

Walaupun tidak mahu campur tangan dalam hal negeri lain, Karim “ingin melihat negeri-negeri Borneo bebas membuat keputusan sendiri”.

Bagaimanapun, Sarawak tidak berputus asa dengan idea kedua-dua wilayah itu bekerjasama. Beliau berkata, dua negeri itu sentiasa rapat, walaupun ada kalanya bertelagah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top