Kawalan Ketat di K-Avenue, Penampang

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah, bermula Ahad ini hingga 5 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu meliputi pejabat, kuarters pekerja dan tapak pembinaan membabitkan seramai 400 orang.

“PKPD itu dilaksanakan atas nasihat dan penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) selepas 110 kes positif direkodkan di lokaliti berkenaan, setakat 16 November lalu,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, beliau berkata PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu, tamat semalam.

“Bagaimanapun, semua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada SOP PKPB yang dilaksanakan di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail turut memberi amaran kepada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sepanjang pelaksanaan PKPB.

“Jika orang ramai mendapat maklumat tersebut sila lapor kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk diambil tindakan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top