Kawal gajet, komputer hanya dengan berfikir

implan.jpg

Musk mensasarkan pengguna awal ialah mereka yang kehilangan keupayaan mengawal anggota. - Foto: Amanz

Kongsi Bersama

Neuralink syarikat tunas rintis milik Elon Musk telah memasang implan otak pertama mereka pada manusia pertama kelmarin.

Menurut Musk, keputusan awal menunjukkan implan mampu mengesan isyarat neuron yang memberangsangkan.

Siapa penerima pertama teknologi antara muka otak manusia dan komputer masih belum diumumkan oleh Neuralink pada waktu artikel ditulis.

Musk turut mengumumkan produk pertama yang dikeluarkan oleh Neuralink ialah Telepathy. Ia membolehkan peranti pintar dan komputer dikawal dengan hanya penggunanya berfikir.

Pengguna awal ialah mereka yang kehilangan keupayaan mengawal anggota.

Telepathy akan membolehkan proses menaip lebih pantas berbanding sistem sedia ada untuk insan lumpuh.

Neuralink bukan syarikat pertama yang berjaya menghasilkan peranti antara muka otak manusia dan komputer.

Tahun lalu implan otak rekaan penyelidik University of California, San Francisco, dan University of California, Berkeley membenarkan pesakit strok bercakap dengan hanya berfikir.

Sementara itu BrainGPT oleh University of Technology Sydney pula membaca gelombang otak untuk menaip tanpa implan dibenam terus pada otak. –Amanz

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top