Kastam Sabah rampas sembilan kontena ayam sejuk beku bernilai RM3.3 juta

kastam-ayam-sejuk-beku.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas sembilan kontena ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM3.3 juta termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran di Pelabuhan Sepanggar di sini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata hasil risikan, pihaknya memeriksa 14 kontena yang tiba di pelabuhan berkenaan pada 7 Mei lepas.

“Pemeriksaan mendapati sembilan kontena berisi daging ayam sejuk beku. Semakan lanjut mendapati dagangan di dalam kontena tersebut berbeza dengan pengikraran yang dilakukan dalam daftar muatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi kes berkenaan ialah dengan membuat pengikraran palsu dengan dagangan diikrar sebagai sayur-sayuran seperti ubi kentang dan kacang pis hijau bagi tujuan penyeludupan dan mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya ayam sejuk beku berkenaan dianggarkan bernilai RM2,754,000, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat ialah RM550,000.

“Ini merupakan rampasan terbesar JKDM Sabah untuk barangan ayam sejuk beku pada tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top