Kastam Sabah rampas rokok seludup lebih RM5 juta

kastam-rokok.jpg

Mohd Nasir (tengah) dan pegawai-pegawai kanannya menunjukkan barang rampasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas rokok seludup bernilai keseluruhan lebih RM5 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Luyang, di sini, Rabu lalu.

Dalam operasi jam 7 malam yang dijalankan Unit Operasi Penguatkuasaan dengan kerjasama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) itu merampas sebanyak 5.933 juta batang rokok pelbagai jenama.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman, berkata serbuan yang dijalankan hasil maklumat itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.

Katanya, siasatan mendapati, modus operandi yang digunakan adalah menyimpan barang tidak berkastam dengan cara menyembunyikan di dalam rumah kediaman sebagai stor untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Semua rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.186 juta manakala anggaran nilai cukai dan duti terbabit berjumlah RM4.034 juta.

“Suspek masih ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah, di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana yang lebih besar.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top