Kastam Sabah rampas lebih 10kg dadah, kayu balak

kastam-sabah.jpg

Mohd Nasir (tengah) dalam sidang media di sini pada Isnin. Foto media sosial/Sinar Harian

Kongsi Bersama

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan mengedar dadah menggunakan kurier dengan merampas 10.79 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM356,070 di sebuah premis di Jalan Bakau di sini, 9 Mac lepas.

Penolong Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan di premis itu pada jam 12 tengah hari menemukan satu kotak mengandungi 10 bungkusan dadah.

“Setiap (bungkusan) dadah itu disembunyikan dalam bungkusan makanan dan diletakkan di dalam kotak yang dilabel sebagai peralatan memancing, dadah ini didapati dari Kota Kinabalu dibawa ke Tawau menggunakan jalan darat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut mengesan taktik sebuah syarikat kayu papan di sini cuba mengeksport 101 batang kayu balak tanaman jati menggunakan kontena dengan permit tidak betul tujuan ke India.

Mohd Nasir berkata, kontena berkenaan dirampas pihak kastam bersama Jabatan Perhutanan Sabah pada jam 5.45 petang 23 Februari lepas.

“Pada awalnya maklumat imej imbasan mesin pengimbas kargo di Pelabuhan Tawau menemukan imej yang meragukan pada dua daripada tiga kontena untuk dieksport kerana kandungan kontena tu tidak seperti diikrar kepada pihak Kastam melalui Borang Kastam 2 dan lesen eksport yang dilampirkan syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua kontena itu berisi 101 batang kayu balak tanaman jati tidak menepati permit serta satu kontena berisi 1,514 batang kayu terubah jenis kayu tanaman jati, bernilai keseluruhan lebih RM80,300 dengan duti eksport kira-kira RM7,000. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top