Kastam Sabah Rampas 6kg Syabu Di Lapangan Terbang KK

kastam-rampas-syabu.jpg

Mohd Nasir (tengah) bercakap kepada pemberita di pejabat Kastam di Sepanggar pada 11 Jan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan merampas 6.156 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM221,616 di pusat penyerahan dan penerimaan bungkusan pos di sini, baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, pemeriksaan menerusi mesin pengimbas JKDM di Pos Aviation Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 30 Disember lepas menemukan tiga bungkusan yang meragukan disyaki mengandungi dadah.

“Setelah intipan dilakukan selama beberapa hari pada 3 Januari lepas, kira-kira jam 12.35 tengah hari, pasukan serbuan telah menahan dua suspek lelaki yang mahu menuntut salah satu daripada bungkusan berkenaan di pusat penyerahan dan penerimaan bungkusan pos Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan berkenaan telah menemui dadah dipercayai jenis methamphetamine dengan berat kasar 3.085 kilogram dengan nilai pasaran bagi dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM111,060,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, dua lelaki masing-masing berumur 28 dan 30 tahun itu telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top