Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu

karnival-tekun-madani.jpg

Kredit foto: FB KUSKOP

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Karnival TEKUN Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Kuala Penyu pada 10 hingga 12 Mei ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata sempena Pesta Kaamatan itu, agensi di bawah KUSKOP akan turut mengadakan reruai dan kaunter perkhidmatan, termasuk memberi penerangan mengenai keusahawanan dan koperasi.

“Pada karnival ini juga, kita akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berharap orang ramai yang mengunjungi karnival itu, mengambil peluang mendapatkan maklumart pembangunan keusawahanan, terutama pembiayaan, geran, latihan dan, promosi antarabangsa yang disampaikan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP.

“Saya berharap melalui inisiatif ini, sambutan Pesta Kaamatan bukan setakat acara kebudayaan tetapi juga menjadi platform membina dan membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi negara,” katanya sambil menambah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan karnival itu pada 11 Mei. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top