Kandungan Buku Teks Sejarah Berkaitan Pembentukan Malaysia Diperakui Panel Pakar

radzi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR; Kandungan sejarah berkaitan pembentukan Malaysia dalam Buku Teks Sejarah di peringkat sekolah rendah dan menengah telah diteliti dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah KPM sebelum diterbitkan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sejarah Pembentukan Malaysia 1963 dalam kurikulum sejarah Kurikulum Satandard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengambil kira cadangan dan dapatan daripada laporan Kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari 2011 hingga 2012.

“Di samping itu, sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan dari Sabah dan Sarawak termasuk pensyarah Sejarah daripada universiti awam (UA).

“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta badan-badan berautoriti mengenai sejarah negara termasuk Jabatan Muzium Negeri dan Arkib,” katanya dalam jawapan bertulis, di Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas, baru-baru ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang meminta kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pendidikan supaya memperbetulkan fakta-fakta sejarah tentang penubuhan Malaysia dalam Buku Teks Sejarah.

Dr.Radzi berkata, Pembentukan Malaysia 1963 merupakan peristiwa bersejarah bagi negara yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aras dan tahap keupayaan mereka.

“Dalam kandungan kurikulum tersebut, turut ditekankan tentang penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik serta kemahiran pemikiran Sejarah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top