Kanak-kanak, Remaja Boleh Dine-in, Masuk Premis Perniagaan Mulai 12 Okt

kanak2-dine-in.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kanak-kanak di bawah 12 tahun dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang), dan sertai aktiviti perkelahan dan perkhemahan sekiranya ditemani oleh ibubapa yang telah lengkap divaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dibenarkan dine-in di restoran, masuk ke premis perniagaan termasuk mall, perhotelan (termasuk fasiliti seperti kolam renang),aktiviti perkelahan dan perkhemahan.

Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah memaklumkan ini dalam kenyataan medianya hari ini.

Beliau berkata, pasar tamu, pasar tani, pasar minggu dan pasar malam juga dibenarkan di daerah-daerah yang telah mencapai peratusan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 60% penduduk dewasa.

Ini tertakluk kepada penilaian risiko dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.

“Penjaja/operator termasuk pengunjung hendaklah telah lengkap divaksin,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top