Kanak-kanak OKU Hilang Ditemukan Selamat

kanak2-hilang-tawau.jpg

Kanak-kanak OKU yang hilang di Kampung Jawa Lanut, Tawau, tengah hari tadi ditemui selamat. (Gambar bomba)

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai lemas tengah hari tadi, ditemui selamat di kawasan hutan di Kampung Jawa Lanut, di Tawau, malam tadi.

Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, 7, ditemui kira-kira 100m dari rumahnya, pada 7.16 malam.

Ketua Bomba Tawau, Julius John Stephen, berkata hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berjaya menemui mangsa di kawasan hutan.

“Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira 12 tengah hari tadi dan dikhuatiri lemas di sungai berhampiran.

“Operasi SAR dilakukan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba dan ketika pencarian dilakukan, mangsa akhirnya berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi rumahnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi kemudian ditamatkan pada 7.52 malam selepas semuanya dalam keadaan selamat.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dari rumahnya di kampung berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top