Kanak-kanak maut dalam kemalangan di Jalan Sandakan – Lahad Datu

xcident.jpg

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas dirempuh bas. (Foto: Ihsan Polis)

Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kenderaan dinaikinya dirempuh bas ekspres di Kilometer 117, Jalan Sandakan ke Lahad Datu, berdekatan Kampung Paris Satu, semalam.

Menurut Hmetro dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum kemalangan maut itu berlaku terdapat satu lagi kemalangan awal membabitkan dua lori.

Menurutnya, kemalangan awal berkenaan disebabkan mengelak jalan berlubang dan tidak rata.

“Kenderaan dinaiki mangsa iaitu Proton Iswara dan sebuah lori tiga tan menghentikan kenderaan mereka disebabkan kemalangan awal berkenaan.

“Tiba-tiba bas ekspress yang datang dari arah sama iaitu dari arah Sandakan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan dinaiki mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan kanak-kanak itu menggelongsor ke hadapan lalu melanggar bahagian belakang lori tiga tan,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu Proton Iswara cedera ringan dan seorang penumpangnya iaitu kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

“Pemandu lori, pemandu bas bersama seorang konduktor serta 29 orang penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Susulan itu, polis menahan pemandu bas akibat cuai memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan permohonan reman akan dilaksanakan.

“Dalam masa sama, orang ramai mahupun pengguna jalanraya yang ada menyaksikan atau mengetahui berkaitan kemalangan ini boleh tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Hamkhah Md Syukur di talian 014-9551030 atau pusat kawalan Bilik Gerakan IPD Kinabatangan di talian 089-561890.

Jelas beliau, kes dicadangkan untuk disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top