Kanak-kanak empat tahun hanyut ditemukan maut

lemas-tawau.jpg

Mangsa ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi dilaporkan hanyut.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Kampung Ranggu, Batu 8 di sini semalam ditemukan maut pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

“Semalam BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini bermula pada 6.58 pagi menggunakan kaedah pencarian ‘surface rescue’ bersama agensi penyelamat lain dan orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemukan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jemishin berkata operasi berkenaan tamat pada 8.30 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top