Kanak-kanak berpaut pada tong sebelum diselamatkan di Pantai Gorongan

Selamat-lemas.jpg

Anggota-anggota bomba bersama kumpulan kanak-kanak yang mandi di Pantai Pantai Gorongon, Putatan.

Kongsi Bersama

PUTATAN: Seorang kanak-kanak sempat berpaut pada tong dram sebelum berjaya diselamatkan orang awam selepas dihanyutkan ombak ketika berenang di Pantai Gorongon di Putatan petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika enam kanak-kanak berenang di pantai itu, dan seorang daripada mereka tiba-tiba hanyut dibawa ombak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.14 petang.

“Rakan-rakan mangsa cuba menariknya kembali tetapi gagal. Mereka kemudian meminta bantuan daripada orang awam berhampiran,” katanya.

Empat lelaki dewasa yang menyedari keadaan itu segera berenang ke arah mangsa yang dihanyutkan kira-kira 50 meter dari pantai.

Mangsa berusia 11 tahun berjaya diselamatkan selepas berpaut pada tong dram terapung yang disediakan penyelamat dan selamat dibawa ke pantai.

“Pasukan kami menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Noorsherriyana.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat pada 5.43 petang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top