Kanak-kanak Autism Yang Hilang Ditemui Di Bukit Jamggut

IMG_20220416_172449.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kanak-kanak Autism yang dilaporkan hilang di hutan Kampung Malawa, Jalan Sepanggar di sini sejak petang kelmarin telah ditemui selamat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, mangsa yang berusia lima tahun itu ditemui oleh orang awam pada jam 1.30 petang hari ini di Bukit Janggut dalam keadaan selamat.

Mangsa seterusnya diberikan rawatan oleh pasukan EMRS Bomba dan dihantar ke Hospital Likas menggunakan jentera EMRS bagi rawatan selanjutnya.

Mangsa dilaporkan hilang pada jam 3 petang kelmarin, dan menurut saksi dia berada dalam keadaan tidak berseluar dan berbaju.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ini dimulakan pada jam 8.50 pagi bersama agensi lain.

Operasi SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan termasuk unit pengesan K9 dengan radius pencarian dua kilometer dari rumah mangsa.

Operasi ditamatkan pada jam 2 petang.

Sumber: Warta Oriental/ Foto: Bomba


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top