‘Kami sambut semua perayaan, kami hormati semua agama’ – Salleh

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Di Sabah, kami mengekalkan keharmonian kami. Kami menyambut semua perayaan dan kami menghormati semua agama. Penting untuk kita bersyukur kerana Malaysia adalah negara yang aman damai,” demikian catat Adun Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak  dalam hantaran terbaharunya di Instagram.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut memuatnaik suasana Krismas penuh warna-warni yang dirayakan bersama pengundi-pengundinya.

“Kita dapat lihat bagaimana orang ramai dari semua latar belakang agama datang ke sini untuk menyambut Krismas, yang menunjukkan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Sabah.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya, khususnya rakyat Sabah,” katanya lagi dalam catatan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top