Kalau Mahu Kerjasama Dengan DAP, Jangan Buat Diam-Diam – Annuar

TSAM.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan ada segelintir pemimpin UMNO pernah mengadakan rundingan dengan DAP untuk mengadakan pakatan politik.

Ia, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional itu tidak salah namun ia tidak pernah direstui oleh ketetapan dalam parti.

“Pucuk pimpinan tidak pernah memutuskan untuk berunding dengan DAP, ini dapat berita ada orang (dalam UMNO) cuba-cuba berunding dengan DAP. Tak salah tapi jangan buat diam-diam.

“Bak kata pepatah, tiada dusta antara kita,” ujarnya semasa berucap secara langsung ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Ketereh di Kelantan hari ini.

Namun bagi peribadinya, Annuar berkata, tidak perlu ada sebarang rundingan dengan DAP dan ia ketetapan yang dipersetujui peringkat pucuk pimpinan UMNO selain tidak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau rasa DAP lebih baik dari Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) silakan tapi jika rakyat ditolak (PRU-15) siapa yang mahu ambil tanggungjawab?” soalnya.

Sedangkan semasa mula kejatuhan UMNO semasa PRU-14 tiada pemimpin parti itu mengambil tanggungjawab, katanya.

“Ada kata kerjasama dengan DAP ada suara akar umbi. Akar umbi mana yang mahu berbaik dengan DAP?” soalnya lagi.

Malah ada kata ia mewakili suara ketua bahagian parti namun Annuar berkata, ketua bahagian adalah pucuk pimpinan bukan suara akar umbi.

“Suara ketua bahagian? Anuar Musa ketua bahagian di Ketereh, Najib ketua bahagian di Pekan dan Zahid ketua bahagian di Bagain Datuk dan ini bukan suara akar umbi,” katanya memberi contoh.

 

Sumber: Malaysia Gazette

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top