Kalah 0-3, dan langkah Sabah FC ke Piala AFC pun terhenti

sabah-FC.jpg

Darren Lok antara sandaran Sabah FC pada perlawanan bertemu Macathur FC hari ini. - Foto ihsan Sabah FC

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Langkah Sabah FC ke final Piala AFC musim ini terhenti selepas kecundang 0-3 kepada wakil Australia, Macathur FC pada aksi separuh akhir zon Asia Tenggara hari ini.

Pada perlawanan di Stadium Campbelltown, New South Wales itu, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaik dengan kehadiran tonggak kebangsaan seperti Darren Lok, Daniel Ting dan Stuart Wilkin.

Namun, tuan rumah lebih banyak menguasai sebahagian besar babak pertama sebelum membuka tirai jaringan menerusi penyudah Ulises Davila pada minit ke-40.

Bagai terkejut daripada lena, skuad Sabah berusaha untuk bangkit pada babak kedua tetapi dikejutkan dengan gol awal apabila Jed Drew melebarkan kelebihan seminit selepas perlawanan bersambung semula.

Pasukan Macathur terus garang apabila Drew sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila bijak menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-80 dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Macathur mara ke peringkat final zon Asia Tenggara yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top