Kakitangan Taman Banjaran Crocker Terima Sumbangan Parlimen Keningau

bantuan-parlimen-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Kakitangan Pejabat Taman Banjaran Crocker menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffery Kitingan, di sini baru-baru ini.

Sumbangan itu diberikan melalui Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau dan disampaikan terus kepada salah seorang wakil kakitangannya Azmi Mohd Nauth.

Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau Lectus Fung berkata sumbangan itu merupakan inisiatif pihaknya bagi menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan Taman Banjaran Crocker.

“Taman Banjaran Crocker terletak di kawasan Parlimen Keningau dan menjadi tanggungjawab kami untuk membantu kakitangan di taman tersebut.

“Hampir semua kawasan di Parlimen Keningau sudah menerima bantuan bakul makanan sejak berlakunya pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, di sini kelmarin.

Menurutnya, lokasi taman tersebut adalah terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari bandar Keningau melalui jalan Kimanis menghala ke Papar.

“Lokasi tersebut merupakan merupakan banjaran gunung tertinggi di Sabah iaitu setinggi 1,800 meter serta memisahkan Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah.

Tambahnya, taman ini mempunyai daya tarikan pelancong yang boleh dilawati termasuklah Insektarium (Taman Serangga), Pusat Pemulihan Paku Pakis liar, Menara Pemerhatian dan kawasan Rafflesia.

“Kawasan pelancongan itu mempunyai keindahan flora dan fauna yang tidak terdapat di tempat lain serta sesuai bagi sesiapa yang gemar dengan aktiviti lasak,” katanya. – Utusan Borneo

 

Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top