Kaki Palsu Untuk Adik Aurora Sumbangan Presiden UMNO

aurora1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Adik Aurora Amelia Alexader, anak istimewa kelainan upaya sejak lahir lagi mendapat perhatian daripada Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bermurah hati memberikan sumbangan berupa pembelian kaki palsu untuknya.

Aurora ,4 tahun,merupakan puteri tunggal daripada pasangan suami isteri Alexander dan Marcella dari Kota Marudu.

Pagi ini, Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Noraini Idris mewakili menterinya Datuk Yakub Khan yang juga Timbalan Ketua UMNO Sabah menyerahkan sumbangan tersebut bagi  pihak Presiden UMNO kepada ibu adik Aurora sendiri.

Turut hadir wakil dari Ranhill Utilities Berhad Muhamad Faizal Aliar, Pengurus Besar Kanan, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin, Ketua Pemegang Amanah Pengurusan dan Insan Moslimin,Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth II.

Difahamkan,setiap tahun adik Aurora perlu menukar kaki palsu apabila meningkat usia seiring dengan keadaan tubuhnya yang semakin membesar.

Pihak keluarga Alexander merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Ahmad Zahid atas keprihatinan dan sumbangan tersebut.

Dalam pada itu UMNO Sabah pula melahirkan penghargaan kepada Dr Wan Sherhan Ketua Penolong Pengarah QEH II yang telah memaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh Adik Aurora sehinggakan membolehkan langkah membantunya diambil.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top