Kajian Kesan Pemindahan Ibu Negara Indonesia Ke Atas Sabah

menakar-pemindahan-ibu-kota-dari-jakarta-ke-luar-jawa-REKFNBoiWp.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setelah pengumuman untuk memindahkan ibukota Indonesia ke Kalimantan oleh Presiden Joko Widodo pada tahun 2019, satu kajian untuk meneliti manfaat dan cabarannya bagi Sabah sangat penting demi memastikan bahawa negeri ini bersedia untuk menikmati kesan positif, dan mengurangi risiko berkaitan ‘kehadiran’ ibu negara Indonesia itu di Borneo.

Dengan itu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah melantik Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) untuk melakukan kajian mengenai Potensi Kesan Penempatan Semula Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan di Sabah.

Upacara menandatangani perjanjian yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada hari Selasa adalah untuk memformalkan pelantikan institusi tersebut.

Perjanjian perundingan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Anthony Kiob, Pengarah UPEN, Helena Masry, Pengarah Bersekutu IDS Richard T. Koh, dan Timbalan Pengarah UPEN, Robert Stidi. – Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top