Kahwin, mencari rezeki antara punca pelajar Sabah tidak duduki SPM

nurani-fauziah.jpg

Nurani Fauziah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Berkahwin atau mencari rezeki antara punca 984 calon di Sabah tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2023.

“Ada pelbagai faktor, ada yang sudah bekerja, ada yang sudah berkahwin dan ada yang mungkin sakit atau sudah meninggal dunia,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Nurani Fauziah Derin.

Beliau menambah bahawa angka itu juga termasuk pelajar yang tercicir dari sekolah.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah keseluruhan 984 tidak hadir pada 2023 adalah lebih rendah berbanding 1,564 pada 2022.

Nurani Fauziah berkata mereka akan terus membantu dan menggalakkan pelajar yang “kurang berminat” untuk ke sekolah.

“Masih ada (keciciran), tetapi lebih sedikit.

“Ia agak membimbangkan kerana pelajar ini memerlukan pendidikan untuk apa sahaja pekerjaan yang akan mereka lakukan pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini pada Isnin.

Nurani Fauziah yang membacakan keputusan itu bagi pihak Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS) Sabah Datuk Raisin Saidin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top