Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7.50

Datuk-Yahya-Husin.jpg

DSP Yahya Hussin

KOTA KINABALU: Kadar zakat fitrah di negeri ini kekal pada RM7.50 seorang, sama seperti tahun lepas.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, mengumumkan mengenai perkara itu dalam satu sidang media yang diadakan sempena Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Sabah, hari ini.

Yahya berkata, kadar itu adalah berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.7 kilogram beras, yang merupakan jumlah dimakan oleh majoriti penduduk di negeri Sabah.

Hadir sama pada majlis pengisytiharan itu Mufti Kerajaan Negeri Sabah Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Umat Islam dijangka menunaikan ibadah puasa sempena Ramadan tahun ini bermula Sabtu atau Ahad ini.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan telah ditetapkan pada petang Jumaat ini bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top