Kadar Kemiskinan Tinggi Di Sabah: Madius Cadang Tubuh RCI Cari Penyelesaian

madius.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) mahu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, ditubuhkan bagi mencari penyelesaian tuntas isu berkenaan.

Katanya, isu kadar kemiskinan yang tinggi selain pertumbuhan penduduk Sabah yang amat luar biasa, memerlukan penyelesaian menyeluruh.

“Kadar kemiskinan di Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia. Pada 2021, kadarnya ialah 25%,” katanya.

Menurut Madius, selain faktor kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19, kadar kemiskinan yang tinggi ini juga dipengaruhi tindakan kerajaan memasukkan penduduk yang memiliki dokumen kewarganegaraan yang diragui dan berpendapatan di bawah garis kemiskinan ke dalam senarai penduduk Sabah.

Sehubungan itu, katanya penubuhan RCI adalah satu daripada pendekatan terbaik untuk menyiasat punca sebenar isu kemiskinan di negeri ini.

Dalam konteks ini, Madius turut meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama-sama Unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri untuk menyiasat penduduk Sabah yang memiliki dokumen pengenalan meragukan yang telah dimasukkan ke dalam senarai rakyat termiskin di negeri ini.

“Saya mohon agar perkara ini disiasat. Apakah ini benar-benar berlaku?

“Kerajaan seharusnya mempelajari bagaimana negara China mengenal pasti senarai dan seterusnya memperkenalkan program pembasmian penduduk miskin di suatu penempatan.

“Mereka bukan saja melibatkan kakitangan kerajaan seperti ‘Focus Group’ tetapi juga melibatkan setiap ketua keluarga dalam penempatan tersebut.

“Kakitangan kerajaan (China) hanya terlibat dalam membuat kajian pendapatan isi rumah sebenar dan mereka yang disenaraikan sebagai rakyat termiskin di putuskan oleh ketua-ketua isi rumah melalui satu proses pemilihan insitusi.

“Mereka (kerajaan China) juga mencadangkan program untuk mengatasi masalah kemiskinan bersasar mengikut kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang berkenaan,” jelasnya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di sidang Dewan Rakyat, kelmarin.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top