Kabinet Setuju Laksana 7 Pembaharuan Untuk Kestabilan Politik

ismailsabri975r.jpg
Kongsi Bersama

Mesyuarat Kabinet hari ini setuju untuk melaksanakan sejumlah pembaharuan parlimen dan pentadbiran, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia termasuk kebanyakan pembaharuan yang dijanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu, ketika bekas perdana menteri itu cuba mendapatkan sokongan pembangkang.

Ismail berkata, komitmen itu bagi mengembalikan kestabilan politik negara untuk menangani wabak Covid-109 dan memulihakan ekonomi.

Ini selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis,” katanya.

Tujuh pembaharuan tersebut adalah:

  • Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
  • Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
  • Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
  • Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
  • Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
  • Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top