Kabinet Sedia Bincang Isu Dasar Penggunaan Hem, Ketum, Kanabis

ketum.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Isu dasar berhubung pembangunan industri hem, kanabis dan ketum akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, menurut Kaukus Medical Cannabis, hari ini.

“Industri hem, ganja untuk perubatan (medical cannabis) sedang giat dibangunkan oleh banyak negara luar. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion, Malah, negara jiran seperti Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk negara mereka,” kata kenyataan itu selepas kaukus berkenaan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Lebih 40 negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Kaukus percaya Malaysia mempunyai ruang dan peluang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan mampu memberi manfaat besar kepada negara,” katanya.

Kabinet sedia bincang isu dasar penggunaan hem, ketum, kanabis

FMT Reporters

 –

April 12, 2022 7:30 PM

25Shares

Ismail Sabri Yaakob bersama ahli Kaukus Medical Cannabis berhubung penggunaan kanabis bagi perubatan. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Isu dasar berhubung pembangunan industri hem, kanabis dan ketum akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet, menurut Kaukus Medical Cannabis, hari ini.

“Industri hem, ganja untuk perubatan (medical cannabis) sedang giat dibangunkan oleh banyak negara luar. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion, Malah, negara jiran seperti Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk negara mereka,” kata kenyataan itu selepas kaukus berkenaan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Lebih 40 negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Kaukus percaya Malaysia mempunyai ruang dan peluang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan mampu memberi manfaat besar kepada negara,” katanya.

New FMT App

00:18 / 00:23

Copy video url

Play / Pause

Mute / Unmute

Report a problem

Language

Mox Player

Selain itu, Kaukus Medical Cannabis juga membangkitkan isu berkaitan rakyat negara ini yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk perubatan.

Menurut kenyataan itu lagi, Ismail memberi respons positif berhubung isu berkaitan industri berkenaan.

Kaukus bipartisan itu dipengerusikan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di mana ia dibentuk pada 14 Okt tahun lalu bertujuan mengkaji kawal selia ketum dan kanabis bagi tujuan perubatan dan terapeutik.

Ahli Parlimen lain yang terbabit dalam kaukus itu adalah Azalina Othman Said (Pengerang), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Darell Leiking (Penampang), Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pihak kementerian bersedia bekerjasama dengan pemain industri atau kumpulan akademik bagi mengkaji penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan.

Katanya, terdapat banyak perbincangan dan pengguna media sosial juga menyokong penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan, namun belum ada sebarang cadangan bagi kajian klinikal mahupun ujian. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top