Kaamatan manifestasi keharmonian rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama – Maijol

maijol.jpg

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bandau, Datuk Maijol Mahap menyempurnakan Majlis Pesta Kaamatan Peringkat N6 Bandau yang berlansung di Kampung Minansad pada Ahad.

Kongsi Bersama

BANDAU: Pesta Kaamatan adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di Malaysia, khususnya di Sabah untuk hidup aman damai dan bersatu padu, walaupun terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata sudah tentu perayaan itu turut memberi peluang kepada rakyat mengenali, memahami serta menghormati adat dan budaya suku kaum Kadazan Dusun Murut.

“Kaamatan adalah satu perayaan yang amat popular di Sabah yang diraikan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus di merata negeri Sabah di mana kemuncaknya adalah daripada 30 dan 31 Me setiap tahun.

“Di pesta ini kita menzahirkan penghargaan kepada “Huminodun” yang telah menyelamatkan orang-orang zaman dahulu supaya tidak mati kelaparan. Kerana dengan pengorbanan Huminodunlah maka padi telah tumbuh yang telah menjadi makanan.

“Kaamatan ini juga simbolik untuk kita menjaga Bambarayon atau semangat padi demi untuk menjamin hasil tuaian yang memuaskan dalam setiap tahun ,” jelas Maijol ketika berucap di Majlis Pesta Kaamatan Peringkat N6 Bandau yang berlansung di Kampung Minansad pada Ahad.

“Tema Kaamatan Tahun ini adalah “Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan” di mana dalam bahasa Dusunnya adalah “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”.

“Ketika kita merayakan Kaamatan, kita jangan lupa bahawa matlamat kita adalah untuk mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri Sabah,” ujar beliau.

Maijol yang juga merupakan Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Bandau menyatakan sokongan beliau kepada tindakan kerajaan mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) hasil pertanian terutamanya padi bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini.

“Menerusi bajet 2024 negeri, insentif pembajakan Sawah Padi dengan peruntukan sebanyak RM18 juta dilaksanakan bagi membolehkan pesawah meningkatkan hasil padi mereka.”

“Kerajaan juga telah memberi bantuan baja pada kadar optimum serta subsidi penjualan padi kepada semua pengusahan dengan peruntukan RM5.16 juta.”

Beliau berkata, inisiatif ini akan memanfaatkan Bandau sebagai pengeluar padi di Sabah sejak awal tahun 1970an.

“Apabila lebih ramai petani mendapat keuntungan daripada operasi pertanian, mereka akan meningkatkan prodaktiviti pertanian dan seterusnya menangani masalah keterjaminan makanan.”

Tambahnya, untuk menjayakan matlamat itu, rakyat perlu sentiasa memelihara dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan, muhibah dan persefahaman agar sentiasa teguh dan berakar umbi dalam masyarakat dan tidak mampu diganggu-gugat oleh anasir dan golongan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini khusunya di Bandau supaya mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemesraan agar negeri Sabah menjadi negeri contoh di Malaysia, sekaligus terus menjadi destinasi utama pilihan pelancong.

Pesta Kaamatan Peringkat DUN Bandau 2024 merupakan program Kaamatan, buat pertama kalinya disambut secara besar-besaran bagi kawasan ini.

Turut hadir menyerikan acara ini,Ketua Bahagian STARSabah N6 Bandau Tuan Ardino Diris yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Penganjur ,Timbalan Ketua Bahagian PBS N6 Bandau Puan Julita Dalinsi ,Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N6 Bandau Tuan Sharif Kadah Sharif Osman, Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Puan Tinah Maralin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Zaidi Jatil, Presiden-Presiden Persatuan Etnik, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Kota Marudu, dan Pemimpin Masyarakat DUN Bandau. – Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top