Juruteknik Ukur Juarai Pertandingan Fotografi

foto-labuan.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Juruteknik Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupen) Labuan, Asmali @ Faizal Mohd Tahir mengungguli Pertandingan Fotografi sempena Hari Pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan ke-37.

Dengan kejayaan itu, Asmali membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Pertandingan tersebut yang dianjurkan bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan Persatuan Penggiat Media Labuan.

Naib johan disandang oleh Roslan Alias dan menerima RM500 manakala hadiah wang tunai RM300 di tempat ketiga dimenangi oleh Rosli Yusof.

Majlis ringkas penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Timbalannya, Haji Hadnan Mohammad di Pejabat Persatuan Penggiat Media Labuan, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin dan Bendahari, Ramlen Mohd Salleh.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memperingati tarikh keramat pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984.

Lazimnya warga Labuan mengingati tarikh 16 April setiap tahun sejak 1984 adalah teramat istimewa kerana Labuan telahpun dipisahkan pentadbirannya  dari Sabah selepas diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan sekaligus menyaksikan urusan pentadbiran Labuan di kendalikan oleh kerajaan Persekutuan.

Walaupun secara rasminya sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang membabitkan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya disambut setiap tahun pada 1 Februari, namun tarkih 16 April perlu menjadi hari  peristiwa dan sejarah kepada warga Labuan.

Lebih 30 peserta menyertai pertandingan anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan Persatuan Penggiat Media Labuan yang diadakan pada 1 April hingga 16 April lalu dengan tema ‘Budaya dan Pembangunan’.

Selain memperingati peristiwa Hari Pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena fotografi. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top