Junz Wong Kecewa Dengan Chong Kah Kiat

junz-1.jpg

Junz Wong (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KENINGAU: Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong menyatakan kekesalan dan kekecewaannya terhadap mantan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat yang didakwanya mahu memecahbelahkan rakyat Sabah melalui penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri 26 September.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan interim itu memberitahu sebuah pertemuan di sini bahawa walaupun Chong merupakan rakan keluarga yang rapat, tindakan politik presiden kehormat LDP itu”sangat disesalkan”.

“Chong adalah rakan keluarga yang akrab. Dia yang kurniakan pingat yang membawa gelaran datuk kepada datuk saya. Kami rapat. Ketika dia datang ke Labuan, mendiang ayah saya akan menjemputnya. Begitulah dekatnya kami,” katanya.

“Menyedihkan saya (apabila) melihat dalam setiap pilihan raya di Sabah, akan selalu ada sekumpulan kecil pemimpin atau pemimpin kitar semula, terutama orang Cina, yang dengan rela hati akan memainkan peranan memecahbelahkan rakyat Sabah.

“Perkara itu berlaku dalam pilihan raya lalu. Kali ini tidak berbeza. Tetapi yang paling menyakitkan saya ialah orang yang memainkan peranan perpecahan kali ini adalah seorang kawan yang sangat dekat dengan saya dan keluarga saya.

“Ketepikan persahabatan, tindakannya akhir-akhir ini sangat dikesali.”

Junz berkata, inilah masanya untuk rakyat Sabah bersatu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top