Jumpa Lombong Emas Haram, Ops Khas Diteruskan Di Sabah

lombong-haram.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis akan melanjutkan operasi khas untuk melindungi sumber asli negara ini, selepas penemuan aktiviti melombong emas haram di Lahad Datu, timur Sabah.

Aktiviti berkenaan dipercayai berlaku sejak berdekad-dekad lalu di Hutan Simpan Ulu Segama-Malua.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, penemuan itu dibuat ketika Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-taman Sabah dan Taman Alam Sedunia (WWF).

Pasukan itu menemui bukti aktiviti melombong emas haram di hutan simpan berkenaan pada Ogos. Ini termasuk terowong bawah tanah dan enam kawasan lombong meliputi 8km berhampiran Sungai Bole.

Mereka turut menemui sekurang-kurangnya 103 lubang di dalam tanah dengan kedalaman 10m hingga 17m, yang digunakan untuk keluar dan masuk ke terowong bawah tanah berkenaan.

Pasukan OBK mempercayai, aktiviti perlombongan itu berjalan sejak 1990-an berdasarkan bukti ditinggalkan.

Dalam taklimatnya kepada Hazani semalam, Timbalan Komander PGA Sabah Asisten Komisioner  Toipi Lamat berkata, suspek dalam kegiatan lombong haram itu telah melarikan diri sebelum serbuan dilakukan pada Ogos.

Beliau percaya mereka sudah lama tinggal di kawasan itu berdasarkan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran ditemui di sekitar 14 pondok yang dibina di situ. Malah kawasan itu turut mempunyai khemah, rumah pokok dan gelanggang bola keranjang.

 

Baca seterusnya di: FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top