Jumlah perdagangan lebih RM100 bilion bukti kecemerlangan Kerajaan GRS – Dr Yusof

dr-yusof.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob menyifatkan jumlah perdagangan Sabah 2022 yang melepasi angka RM100 billion merupakan petunjuk kepada kecemerlangan Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor

Katanya pencapaian itu adalah manifestasi jelas hasil kerja keras Kerajaan GRS sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Negeri Sabah sejak September 2020.

“Walaupun mengambil alih kerajaan negeri ketika dunia berdepan dengan pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil pelbagai inisiatif dan bekerja keras untuk memulihkan kembali ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negeri.

“Hasilnya kini terbukti dengan pengumuman Ketua Perangkawan Malaysia baru-baru ini,” katanya.

Untuk rekod pada 31 Julai lepas Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan tentang jumlah perdagangan Sabah yang merekodkan pertumbuhan tertinggi 35.4% pada tahun 2022, melepasi RM100 billion.

Jumlah perdagangan Negeri Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM118.1 billion berbanding tahun sebelumnya RM87.2 billion.

Menurut Dr Yusof, selaku Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad yang merupakan badan pelaburan strategik milik Kerajaan Negeri Sabah, beliau bersama rakan-rakan pimpinan yang telah diberi amanah akan bekerja keras ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah akan
terus kukuh dan mampan selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya.

Tambah beliau laporan itu tentunya akan memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk datang dan membawa lebih banyak pelaburan di Sabah.

“Pada masa yang sama laporan Ketua Perangkawan Malaysia tersebut juga secara tidak langsung menepis dakwaan dan tohmahan dari pihak pembangkang yang mendakwa ekonomi Negeri Sabah lemah di bawah pimpinan Kerajaan GRS,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top