Jumat Idris sertai Gagasan Rakyat

Jumat-Idris.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris mengesahkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini semalam.

Borang kemasukkan ke Gagasan Rakyat diserahkan sendiri Jumat kepada Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Datuk Razali Razi dalam Majlis Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Dun Karambunai.

Jumat pernah memegang jawatan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas, Penerangan Sabah.

Penglibatan diri dalam dunia politik bermula ketika beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar pada 2008 sehingga 2015.

Kemudiannya beliau dilantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepanggar pada 2010 sehingga 2015.

Beliau kekal setia bersama BN meskipun ramai rakannya telah lompat parti menyertai parti pembangkang pada 2018 setelah kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke 14.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top