Jubin retak disangka pusat beli-belah akan runtuh

jubin-retak-sandakan-mall.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.

Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah berkenaan menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat dari tingkat empat premis.

“Ya, terdapat bunyi kuat dari tingkat empat. Ia berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak pagi ini (Ahad).

“Kami memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli-belah kami adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.

Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan telah membuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut dan hanya menemui beberapa jubin retak dalam sebuah lot kedai. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top