Jual minyak masak bersubsidi RM4 sepaket, premis diambil tindakan melalui Ops Samar

minyak-masak.jpg

Kredit foto: KPDN Sabah

Kongsi Bersama

TUARAN: Sebuah premis perniagaan di kawasan Tamparuli menjual minyak masak paket bersubsidi 1 kg pada harga RM4 satu paket, manakala minyak masak botol sawit tulen botol 1kg dijual dengan harga RM7.90 melebihi harga yang ditetapkan iaitu RM6.90.

Kesalahan-kesalahan itu dikesan hasil Ops Samar yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran pada Isnin lalu.

Menurut FB KPDN Sabah, Ops Samar itu dijalankan susulan daripada aduan-aduan yang diterima berhubung penjualan minyak masak paket 1kg bersubsidi yang melebihi harga ditetapkan di premis berkenaan.

“Tindakan Ops Samar secara preman telah dijalankan dengan membuat “test purchase” minyak masak bersubsidi ke atas premis diadu, sebelum tindakan pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pegawai penguat kuasa.

“Hasil samaran mendapati premis tersebut ada menjual minyak masak paket 1kg bersubsidi pada harga RM4.00 satu paket. Selain daripada itu, premis tersebut juga menjual minyak masak botol sawit tulen botol 1kg dengan harga RM7.90 melebihi harga yang ditetapkan iaitu RM6.90,” kata kenyataan itu.

Susulan itu premis berkenaan disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana disyaki melakukan kesalahan mengelirukan mengenai harga dan menjual dengan harga selain harga yang telah ditetapkan (harga maksimum) bagi item melibatkan minyak masak.

Dalam hantaran yang sama KPDN Sabah mengalu-alukan pengguna untuk terus menyampaikan maklumat dan aduan sekiranya mengesan ada berlakunya pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :- e-aduan.kpdn.gov.my, atau Tel : 088-787 822, atau Whatsapp : 019-2794317 / 019-8488000 (Aduan Pengguna)

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top